Monday 26 March 2012

isteri buat suami

Ya Allah betapa besarnya nikmat yang kau berikan kepada kami kaum hawa..kau janjikan bermacam-macam nikmat untuk kami miliki di sana nanti seperti mana ini
“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka.”
(HR Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)
credit pic from google
 terasa seperti tidak sabar mahu bergelar sebagai seorang isteri. tapi jdohku masih belum waktunya lagi. mungkin aku masih sempat berdoa
 "Ya Allah ketemukan aku dengan bakal pasangan ku seorang yang menjadikan agama sebagai yang utama agar mampu dia untuk membimbing aku kelak sehingga aku terbimbing dengan agama.aku juga berdoa agar sebelum aku di pertemukan jodoh dengannya semoga aku juga cukup dengan keimanan ku agar mampu mempelihara diri dan mampu untuk menjaga maruahnya sebagai bakal suamiku..."amin
bahagianya bila bergelar isteri. inilah cita-cita bagi seorang wanita menjadi isteri soleha dan bakal menjadi ibu kepada anak-anak yang juga soleh dan solehah. mentaati suami, menjaga maruahnya, menjadi yang terbaik buatnya MasyaAllah besar nikmat itu Ya Allah. wajib si isteri mentaati suami kerana setelah lafaz akad itu di ucapkan maka dosa-dosa si isteri ditanggung oleh dia yang bergelar suami. maka itu perlulah untuk isteri menjaga tingkah lakunya, meminta keizinan suaminya sebelum melakukan sebarang perkara.redha suami diutamakan.jagalah auratmu wahai wanita kerana sesungguhnya perhiasan itu hanya untuk suamimu.
maka itu persiapkan lah diri untuk bergelar seorang isteri kerana tanggungjawab kepada suami,juga bakal zuriat,dan juga keluarga tidaklah semudah yang disebut-sebut,bukan dinikahi sekadar mahu berasa seronok dan bahagia.malah bahagia itu perlu diisi dengan segala tanggungjawab menempuhi alam rumah tangga agar masjid yang dibina bukan hanya sekadar mahu bahagia sampai syurga tapi juga mahu diberkati olehNya

cintaku hanya buatmu bakal suamiku InsyaAllah akan aku pelihara rasa itu sebelum aku dipertemukan denganmu




Monday 19 March 2012

satu masa saya akan redha...


jagan sedih wahai hati
menangis untuk yg bukan hakiki
kan menyakitkan diri
pujuklah agar terus berdiri
berjalan didunia nyata ini
buka hati itu untuk tenang kembali
biarka yang bukan hak kita itu pergi
kerana kita juga bukan haknya jua
jangan salahkannya wahai jiwa
kerana dia juga mengharapkan yg terbaik untuknya
seperti juga kita mengharap yang terbaik 
mungkin dia yang terbaik itu yang kita sangka
tapi ada yg lebih terbaik untuk kita dan dia 
cuma masanya belum tiba..
pujuk hati wahai akal jangan bersedih lagi.....


Sunday 4 March 2012

cerita soal DIA...

bila saya baca saya rindu. jiwa saya kata saya sedih,hati saya kata saya hiba,air mata saya minta untuk mengalir, sungguh saya rindu.
kita mula ukhwah dengan salam.


saya tak ada sahabat yang seperti kamu
ilmu yg dibawa,bercerita membuat saya berasa kerdil,,,
awak bimbing sy untuk berada dekat denganNya
kisah awak buat saya hiba
pengajaran untuk saya menghargai mereka...
awak minta untuk menangis di bahu saya
saya terima..
rancak kita kongsi cerita..
awak tanya,saya jawab berjela..
kita kongsi kata-kata..
awak bagi sy belajar apa yang awak suka...ilmu itu
dan sy belajar untuk jadikan ia sebagai kesukaan saya juga...
semakin hari saya mula ada rasa..
siapa yang tak akan terpaut rasa itu
bila sikap dan lagakmu mampu buat saya terbimbing dengan agama..
saya tersedar...tidak boleh terus layan rasa itu
sebab kita ada sebab untuk tidak mungkin bersama...
saya tau dan awak juga tau apa sebabnya..
saya buang terus rasa itu...
awak pula,
tak terfikir untuk rasa apa yang saya rasa...
sebab awak ikhlas jalinkan ukhwah sekadar untuk bersahabat selamanya...
tapi suatu ketika awak tanya soal cinta
gegar iman saya
mula dia yg ketiga menghasut jiwa saya
buat saya terpedaya
soalnya saya tahu awak cuma mahu bertanya..
maafkan saya
saya wanita lemah imannya
saya dengar keinginan awak untuk berpunya..
x pilih yang cantik sekadar mahu yang mampu menenangkan hatinya..
mahu terus saya katakan adakah saya layak untuk memaut hati itu,,,
malunya bila tersedar..
maaf sekali lagi saya buang semula rasa itu...
awak kata awak gembira,
kongsi sesuatu pada saya,
awak simpan harapan dan bagi tau saya
hopefully ia berterusan Insyaallah..
kita minta kan pada Allah maka dia yang berhak menberi atau tidak 
maka saya akur dan perlu terima
bila nyatanya sekarang kita dah tak seperti salam ukhwah itu bermula
awak mula jauh
saya fikir ada salahnya mungkin dari saya
semakin hari dan terus terusan begini
senyap sunyi
dan tiada lagi kata-kata atau mungkin khabar berita
dan hati saya rasa hiba.....
dan bila saya rindu saya ke ruang lagu yang awak bagi mungkin sekarang awa sudah terlupa
saya terharu bila awak kata i dedicate for u...
tq....
dan kini sudah menjadi hanya satu memori...





Alhamdulillah kerana pernah Kau hadirkan
sahabat seperti dia
untuk aku
walau hanya sekejap cuma..
aku tetap bersyukur kerana
kami masih ada memori itu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...