Friday 4 January 2013

tersimpul mati buat MU

uniknya,uniknya perasaan yang aku rasakan ini buat kamu.kamu,yang jauh disana namun setia aku menunggu.kau yang sederhana begitu juga aku. tiada sesuatu yang mengukuhkan bahawa suatu hari nanti aku akan memilikimu. namun aku sendiri tidak tahu mengapa susah hati ini melepaskan dirimu pergi. bukan tidak pernah,malah berkali-kali aku cuba menyatakan pada hati dengan berbicara sendiri cukuplah ternyata kau bukan untuk aku. namun kata-kata itu bertahan hanya sehari dua. dan aku kembali memikirkanmu. parah bukan? ia aku keliru kau begitu kuat menarik hati aku.
pernah seketika cuma,kita bagai ada sesutu perasaan yang terpendam, aku dapat rasakan ketika itu. namun aku tidak meluahkan kerana aku malu. kau waktu itu memberi harapan dan memperlihatkan kepada aku seperti kau mahu memiliki hatiku. sama ada sedar atau tidak kau tentang perasaanku ketika itu. aku menjalani hari-hari itu dengan senyuman bahagia terukir dibibir. di hati apatah lagi bahagia nan terasa. istiewanya engkau. kau pasti ada kurangya dimata mereka yang lain, kerana manusia tidak ada yang sempurna. tapi kuat aku mengatakan kekurangan kau sebagai pelengkap kekurangan ku juga. parahnya bila hatiku mula terikat namamu. dan lebih parah ia terikat mati.
istimewanya engkau. aku tidak tahu dari mana bermulanya semua ini. sehingga satu masa kau menimbulkan satu perasaan aneh dalam hidupku. aku tidak lagi mengnganggap perkara ini seperti pepatah melayu "cinta monyet" malah aku menjadikan perkara ini rutin harianku didalam sujud terakhirku untuk tidak lekang menyebut namamu.aku percaya andai ada jodoh pasti bertemu juga 2 hati kita ini.
kebahagian yang belom pasti waktu itu ditarik dengan rentapan yang sangat kuat. ternyata setelah kupupuk perasaan ku dengan sabar menunggu kata luahan darimu, ada yang hadir dengan sekelip mata mengisi kekosongan hatimu. aku bagai terjatuh,terduduk dan tidak mampu bangkit. pasti kau memilih dia kerana kau menantinya sudah cukup lama. aku pula lama bertemankan air mata. aku kalah,aku tewas. dan benarlah sakit dan parah kehilangan insan istimewa itu. ia walaupun kita belom sempat mengikat perasaan itu namun aku sudah mula mengharap.  air mata tidak akan pernah kering, jika kebahagian kau dan dia terlihat dek penglihatan ini hampir setiap hari. bahagia wajah kau terpancar sekali. sehingga sesuatu yang sangat berharga itu kau berikan pada dia. aku melihat kau memilih dan pilihan itu terletak cantik di anggotanya. dan semuanya berlaku di hadapan mataku. sehari demi sehari aku ajar untuk ikhlas. bukan mudah. dan aku mula menukar doaku jika kau ternyata untuk dia maka bahagiakanlah. tapi jika ini hanya ujian buatku, maka mudahkan segala urusan aku kau dan dia.
lama, dan terus menyepi. aku gagahkan untuk tidak berhubung lagi. kerana aku cuba belajar menerima hakikat itu. dan sepi itu bukan tidak mendatang kan rindu. dan kukirimkan rindu itu dengan melihat indahnya cahaya bulan kerana disitu ada kenagannya. memang sudah tertulis pada tarikh itu kau kembali lagi membawa khabar padaku. tersenyum aku tanda terubat rindu. malah kau hadir membawa sesuatu berita. aku tidak tahu perasaan ku gembira atau turut merasakan kesedihan buat kamu. kau dan dia. dan aku cuba memberi apa yang termampu. menasihati tentang apa yang berlaku antara kau dan dia. jujur aku tiada niat atau alasan lain. aku cuba membantu mengatakan jika kau menyeyanginya buanglah segala masalah kau dan dia terimalah segalanya mungkin semuanya masih baru. aku cuba meyakinkan kau. lukaku pasti makin parah. membantu kau untuk terus bertahan dengan dia. sedangkan kau yang aku harapkan membawa bahagia. tapi aku pegang pada "percaya pada jodoh". dan apapun yang kita inginkan jika bukan milik kita tetap tidak akan menjadi milik kita. dan jika sesuatu itu akan jadi milik kita cepat atau lambat ia kan tetap menjadi milik kita suatu hari nanti. dan aku biarka hati terus terluka.




to be continue
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...