Monday 26 March 2012

isteri buat suami

Ya Allah betapa besarnya nikmat yang kau berikan kepada kami kaum hawa..kau janjikan bermacam-macam nikmat untuk kami miliki di sana nanti seperti mana ini
“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka.”
(HR Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)
credit pic from google
 terasa seperti tidak sabar mahu bergelar sebagai seorang isteri. tapi jdohku masih belum waktunya lagi. mungkin aku masih sempat berdoa
 "Ya Allah ketemukan aku dengan bakal pasangan ku seorang yang menjadikan agama sebagai yang utama agar mampu dia untuk membimbing aku kelak sehingga aku terbimbing dengan agama.aku juga berdoa agar sebelum aku di pertemukan jodoh dengannya semoga aku juga cukup dengan keimanan ku agar mampu mempelihara diri dan mampu untuk menjaga maruahnya sebagai bakal suamiku..."amin
bahagianya bila bergelar isteri. inilah cita-cita bagi seorang wanita menjadi isteri soleha dan bakal menjadi ibu kepada anak-anak yang juga soleh dan solehah. mentaati suami, menjaga maruahnya, menjadi yang terbaik buatnya MasyaAllah besar nikmat itu Ya Allah. wajib si isteri mentaati suami kerana setelah lafaz akad itu di ucapkan maka dosa-dosa si isteri ditanggung oleh dia yang bergelar suami. maka itu perlulah untuk isteri menjaga tingkah lakunya, meminta keizinan suaminya sebelum melakukan sebarang perkara.redha suami diutamakan.jagalah auratmu wahai wanita kerana sesungguhnya perhiasan itu hanya untuk suamimu.
maka itu persiapkan lah diri untuk bergelar seorang isteri kerana tanggungjawab kepada suami,juga bakal zuriat,dan juga keluarga tidaklah semudah yang disebut-sebut,bukan dinikahi sekadar mahu berasa seronok dan bahagia.malah bahagia itu perlu diisi dengan segala tanggungjawab menempuhi alam rumah tangga agar masjid yang dibina bukan hanya sekadar mahu bahagia sampai syurga tapi juga mahu diberkati olehNya

cintaku hanya buatmu bakal suamiku InsyaAllah akan aku pelihara rasa itu sebelum aku dipertemukan denganmu




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...