Monday 7 June 2010

khas untuk mu....

AKU BENAR-BENAR INGINKAN MU...

detik semakin hampir memisahkan kita,
semakin hari aku semakin gelisah,
melihat waktu yang berlalu,
hanya aku yang rasa gelisahnya hati ini,
kerana hanya aku yang menyimpan rasa,
mampu membisu tanpa kau tahu aku,
mencintaimu,
maafkan aku kerana namamu ku kunci erat dalam hati ku,
maafkan aku kerana aku menyimpan rasa cinta terhadap dirimu,
maafkan aku kerana sentiasa menyimpan wajahmu didalam pandangan ku,
aku terlalu mengharap, mengharap, dan mengharap,
walau pun aku tahu hatimu milik insan lain,
namun aku tidak pernah mengalah,
sentiasa berdoa padanya,
agar aku memiliki,
hatimu,cintamu,jua kasihmu,
walau seribu tahun aku perlu menunggu,
aku akan menunggu,
kerana kau insan yang aku cintai..

Saturday 5 June 2010

cerita dulu...

Terima kasih ku ucapkan kepada yang pernah memberi aku kenikmatan bercinta. harapan selama ini telah menhadi kenyataan. ku lihat kau benar-benar meyakinkan aku dengan caramu untuk memiliki diri ini. kau beri bayangan padaku tentang perasaa kau kepada diri ku. lama kau berteka teki dengan ku, bermain tarik tali kemudian kau sentiasa membuat aku tertanya-tanya dengan tingkahmu terhadapku. hari demi hari kau memberi aku seribu satu kekeliruan. hati ku berkata sendiri, "benarkah dalam hatimu tertulis namaku untuk kau cintai. dan benarkah apa yang aku rasa ini adalah cinta yang datang dari hatimu yang aku sendiri rasa sangsi. kerana sehingga kini, masih tidak kau ungkap dengan kata-kata". pertemuan ini bermula di satu destinasi yang dahulunya tidak pernah aku harapkan. tapi ternyata destinasi ini menemukan antara cinta kita berdua.
Perkenalan kita bermula hari demi hari. kau mula membawa aku tenggelam ke dalam lautan yang penuh kerinduan dan kasih sayang. kau membawa aku masuk kedalam sekelompok kecil keluargamu. disambut dengan seribu kemanisan yang sangat bermakna dalam hidupku. aku rasa sangat dihargai saat itu. aku sekali lagi bermonolog sendirian atas kesangsian ini "untuk apa semua ini? kau bawa aku berjumpa ayah,ibu serta keluargamu. tapi kau masih diam dan membisu. kenapa kau diam tampa memberi secebis kata buatku. argh aku semakin buntu. hati berdebar saat pertama kali kau membawa aku bertemu keluargamu. ini kehidupan baru yang aku lalui."
Hampir setiap malam aku fikirkan apa yang akan berlaku selepas ini. dalam asyik meniti kekeliruan yang kau berikan, aku terima satu panggilan,dari siapa? datangnya dari kamu. malam itu indah diterangi bulan. aku terpaku tidak terkata saat kau berbisik "kau cintakan aku".. sperti aku ingin menangis, bukan kesedihan tapi kegembiraan yang hadir saat itu. bermula malam itu, aku dimiliki oleh insan yang bernama KEKASIH. ku lalui hidup yang baru. memang indah dilamun cinta,sehingga semuanya lupa. dia sering mengungkap kata cinta kasih, dan sayang. menabur janji penuh kesungguha. aku bagai dilayan seperti puteri. namun sesekali aku seperti tidak yakin dengan semua ini, kerana aku hanya wanita biasa. kecantikkan jauh sekali aku miliki. ku aju kesangsian itu kepadanya. lalu yang kumiliki kata-kata mani "cinta bukan dari paras rupa,tapi hati yang benar berkata-kata diri telah jatuh cinta".
Sebulan berlalu dengan hangatnya rasa bercinta. segala yang aku lalui seperti mana yang pernah aku lihat pasangan lain yang asyik dilamun cinta. benar cinta itu mampu mengubah segalanya. aku yang tenggelam dengan derasnya rasa cinta namun lupa bahawa aku kini dibelenggu dengan dosa yang datangnya dari cinta yang dibina. aku belajar tentang benda baru, sehingga aku lupa itu membawa aku kepada dosa. berpegangan tangan, itu pekara biasa.kata mereka.aku? kelainan dapat ku rasakan,selama ini, tidak pernah ku menyentuh tubuh seorng lelaki yang bukan muhrim. kerana atas dasar cinta, kau lelaki pertama memegang erat jari jemari ku, kau lelaki pertama ku kucup tanganmu. kerana cinta ku ditutup rasa berdosa.
Telah ditakdirkan aku dan kau terpaksa mengharungi cinta yang dikatakan cinta jarak jauh. sebelum terpisah jauh, terdetik hati hiba, mungkin kesedihan berpisah denganmu tidak dapat kuharungi. namun ini yang perlu ku tempuhi. aku dikucup erat ibumu. diri seperti sangat disayangi."terima kasih ibu kerana pernah menyayangi diri ini seperti anakmu." aku dan dia kini berpisah jauh beribu batu.
Pertemuan antara aq dan dia dirancang waktu itu. setelah sekian lama berinteraksi dengan jarak jauh. aku lihat dia seperti bukan dia. perubahan banyak yang berlaku pada dirinya. aku takut, kanapa dia jadi begitu. kuhabiskan masa seharian bersamanya. sehingga tiba waktu untuk pulang, dia menemani aku ke tempat kenderaan yang akan aku naiki untuk pulang kerumah. aku melihat wajahnya, seperti ada sesuatu yang aku rasakan. terdetik di hati ini mengtakan ini yang terakhir kulihat wajahmu kekasih. kubiarkan sangkaan itu berlalu.
Percintaan kami memasuki bulan ke tiga. dia mula membina rasa kurang senang dalam diriku. mula perkenalan, dia ajar aku berpegangan tangan. kini dia bermain dengan kata-kata yang tidak menyenangkan aku. dia buat aku seperti tiada perasaan malu. kubiarkan dia terus rancak bermain dengan racaknya kata-kata yang menjijikkan.
aku hanya melihat permainannya.seandainya aku lemah, aku akan terjerumus ke lembah kemaksiatan. dia telah membuatkan kepercayaan aku kepada dirinya runtuh tampa belas kasihan. banyak perkara yang membuatkan aku tidak lagi percaya pada dirinya.
Kesedihan melanda diriku,"kenapa kau berubah begitu pantas sekali. seperti baru semalam kau hiburkan hati ini dengan tingkahmu yang menyenagnkan diri ini. sehingga aku terima cinta darimu. hari ini kau membuat aku menitis air mata dengan lagakmu yang tidak dapt aku terima"wahai kekasih yang dulu aku kenali di sebuah destinasi, pulanglah kepadaku seperti pertama kali aku mengenali dirimu.
Kuharapkan cinta pertama menjadi cinta yang terakhir. namun aku gagal menjadikan itu yang terakhir. aku membuat satu keputusan yang sangat berat aku rasakan. meminta untuk tidak mencintai dan dicintai lagi. kau tidak mudah melepaskan aku, aku juga begitu. tetapi kau membuatkan aku untuk melakukan semua ini. aku tidak lagi boleh terus menyulam cinta yang sebenarnya bukan cinta yang aku harapkan.kini baru ku sedar, kau dan aku sungguh berbeza. perkenalan kita selama lima bulan memberi banyak pengalaman kehidupan. walaupun hanya sesingkat itu, namun aku merasai bukan mudah untuk aku hidup bersama seorang leliki seperti enkau. dan akhirnya ini yang perlu aku katakan, selamat tinggal cinta antara aku dan kau.
Bukan mudah untuk aku lupakan kenangan bersama dirimu. aku menangis kerana cinta yang aku berikan bukan untuk insan yang sebenarnya layak menerima cintaku. aku ingin terus bersamamu, tetapi kau berubah terlalu jauh sehingga aku takut untuk terus bersamamu lagi. pulanglah kejalan yang sebenarnya. seandainya kau adalah insan yang aku kenali dulu,mungkin kini kita masih bersama. sungguhpun kita telah berpisah,ingin aku katakan aku hargai cinta yang telah enkau berikan satu ketika dahulu. kau bukan hanya memberi cinta, tetapi pengajaran kepada aku apa itu erti cinta dua insan yang berbeza. terima kasih segalanya. kau akan kuingat sehingga nyawa dikandung badan walau hati ini hiba saat kenangan kita muncul dalam ingatan.

suara hati manusia(2)

Terima kasih Tuhan,
Kau maha pengasih lagi maha penyayang,
Kau yang berkuasa atas segalanya,
baik dan buruk telah Engkau tentukan,
tiada lain selain daripada Engkau yang berkuasa,
menentukan segalanya buat hambaMu,
yang baik kau berikan buat menguji nikmat kesyukuran,
yang buruk kau titipkan, menguji kesabaran dan keimanan,
segalanya hanya satu tujuan,
mendekatkan diri hambaMu kepadaMu Tuhan,
akan aku jadikan segala yang berlaku sebagai pengajaran yang telah Enkau tentukan,
terima kasih Tuhan,
hamba yang menyesal mohon perlindungan, keimanan, ketakwaan, kesabaran, kehidupan,
dunia akhirat dariMu Tuhan...

suara hati manusia

bila derita ini akan berakhir,
tidak tertahan untuk menanggung beban yang menimpa diri yang penuh kehinaan.
jauh dari mengerjakan amalan,
suatu ketika,waktu itu,
ini yang bersarang dihati.
walau sesaat jarumjam berputar mampu mengubah segalanya.
Tuhan itu maha berkuasa,
Dia yang menjadikan segalanya,Dia jugalah yang menetukan segalanya.
Dia yang memberi sedikit derita buat hambaNya,dan Dia jugalah yang membantu hambaNya yang dalam penderitaan itu.
tujuanNya hanya satu,
agar manusia tidak leka dan lupa melakukan suruhan dan perintahNya..

kita mengharapkan yang terbaik akan datang,
merancang dengan penuh keriangan,
mengimpikan segalanya penuh kesungguhan,
tiba pada waktu,pergi untuk merialisasikan angan-angan dan impian,
bukan gembira yang datang,tapi kecewa yang mengundang,
siapa yang ingin dipersalahkan?
diri ini atau mereka yang berdekatan..
kecewa ini mengundang derita dan kesakitan,
bukan pada anggota badan,
tetapi sakitnya pada jiwa hati dan perasaan.
tidak keruan dibuatnya diri ini seharian,
difikir jalan penyelesaian.
akhirnya jawapan pada persoalan kini diberikan,
bukan salahnya pada mereka yang berdekatan,
tetapi salah diri ini yang jauh dari Tuhan..
lalu ayuh, mengambil tindakkan
pulanglah kejalan kebenaran...

hari ini

bersyukur kepadaNYA kerana aq masih mampu untuk membuka mata melihat dunia,mampu menghirup udara segar dan menjalani hari-hari seperti biasa. hidup bahagia disamping keluarga tercinta serta sahabat-sahabat yang ceria.berada di bumi yang nyata,tumpahnya darah di negara yang jauh dari sengketa dunia..syukur....

tapi bagaimana dengan mereka disana... melihat kesengketaan yang menimpa tidak tertanggung rasa...kejamnya yang menawan mereka...sungguh kejam..!!!anak-anak yang tiada keluarga terbiar begitu sahaja...yang remaja terbuang masa tanpa mengenal ilmu dunia...kasihani mereka..ibu ayah tiada...kebulur tidak bermaya,haus tidak terhingga,menanggung sakit yang tiada ubatnya...menitis air mata melihat anak-anak dibunuh tidak berdosa....yang tua hanya menunggu masa, bukan mati kerana kerana menanggung sakit ynag menimpa,tetapi kerakusan si kejam dunia merampas nyawa mereka...
wahai manusia yang kejam tidak terhingga kekejamanya!!!,,kau bagai buta mata pekak telinaga,,dikencam makian herdikkan namun kau masih megah mengangkat senjata..kau memang berhati iblis,,bangga mampu mengalir kan darah si dia yang tidak berdosa,,tapi ingatlah wahai sidurjanA..kami disini ada yang MAHA ESA.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...