Saturday 5 June 2010

cerita dulu...

Terima kasih ku ucapkan kepada yang pernah memberi aku kenikmatan bercinta. harapan selama ini telah menhadi kenyataan. ku lihat kau benar-benar meyakinkan aku dengan caramu untuk memiliki diri ini. kau beri bayangan padaku tentang perasaa kau kepada diri ku. lama kau berteka teki dengan ku, bermain tarik tali kemudian kau sentiasa membuat aku tertanya-tanya dengan tingkahmu terhadapku. hari demi hari kau memberi aku seribu satu kekeliruan. hati ku berkata sendiri, "benarkah dalam hatimu tertulis namaku untuk kau cintai. dan benarkah apa yang aku rasa ini adalah cinta yang datang dari hatimu yang aku sendiri rasa sangsi. kerana sehingga kini, masih tidak kau ungkap dengan kata-kata". pertemuan ini bermula di satu destinasi yang dahulunya tidak pernah aku harapkan. tapi ternyata destinasi ini menemukan antara cinta kita berdua.
Perkenalan kita bermula hari demi hari. kau mula membawa aku tenggelam ke dalam lautan yang penuh kerinduan dan kasih sayang. kau membawa aku masuk kedalam sekelompok kecil keluargamu. disambut dengan seribu kemanisan yang sangat bermakna dalam hidupku. aku rasa sangat dihargai saat itu. aku sekali lagi bermonolog sendirian atas kesangsian ini "untuk apa semua ini? kau bawa aku berjumpa ayah,ibu serta keluargamu. tapi kau masih diam dan membisu. kenapa kau diam tampa memberi secebis kata buatku. argh aku semakin buntu. hati berdebar saat pertama kali kau membawa aku bertemu keluargamu. ini kehidupan baru yang aku lalui."
Hampir setiap malam aku fikirkan apa yang akan berlaku selepas ini. dalam asyik meniti kekeliruan yang kau berikan, aku terima satu panggilan,dari siapa? datangnya dari kamu. malam itu indah diterangi bulan. aku terpaku tidak terkata saat kau berbisik "kau cintakan aku".. sperti aku ingin menangis, bukan kesedihan tapi kegembiraan yang hadir saat itu. bermula malam itu, aku dimiliki oleh insan yang bernama KEKASIH. ku lalui hidup yang baru. memang indah dilamun cinta,sehingga semuanya lupa. dia sering mengungkap kata cinta kasih, dan sayang. menabur janji penuh kesungguha. aku bagai dilayan seperti puteri. namun sesekali aku seperti tidak yakin dengan semua ini, kerana aku hanya wanita biasa. kecantikkan jauh sekali aku miliki. ku aju kesangsian itu kepadanya. lalu yang kumiliki kata-kata mani "cinta bukan dari paras rupa,tapi hati yang benar berkata-kata diri telah jatuh cinta".
Sebulan berlalu dengan hangatnya rasa bercinta. segala yang aku lalui seperti mana yang pernah aku lihat pasangan lain yang asyik dilamun cinta. benar cinta itu mampu mengubah segalanya. aku yang tenggelam dengan derasnya rasa cinta namun lupa bahawa aku kini dibelenggu dengan dosa yang datangnya dari cinta yang dibina. aku belajar tentang benda baru, sehingga aku lupa itu membawa aku kepada dosa. berpegangan tangan, itu pekara biasa.kata mereka.aku? kelainan dapat ku rasakan,selama ini, tidak pernah ku menyentuh tubuh seorng lelaki yang bukan muhrim. kerana atas dasar cinta, kau lelaki pertama memegang erat jari jemari ku, kau lelaki pertama ku kucup tanganmu. kerana cinta ku ditutup rasa berdosa.
Telah ditakdirkan aku dan kau terpaksa mengharungi cinta yang dikatakan cinta jarak jauh. sebelum terpisah jauh, terdetik hati hiba, mungkin kesedihan berpisah denganmu tidak dapat kuharungi. namun ini yang perlu ku tempuhi. aku dikucup erat ibumu. diri seperti sangat disayangi."terima kasih ibu kerana pernah menyayangi diri ini seperti anakmu." aku dan dia kini berpisah jauh beribu batu.
Pertemuan antara aq dan dia dirancang waktu itu. setelah sekian lama berinteraksi dengan jarak jauh. aku lihat dia seperti bukan dia. perubahan banyak yang berlaku pada dirinya. aku takut, kanapa dia jadi begitu. kuhabiskan masa seharian bersamanya. sehingga tiba waktu untuk pulang, dia menemani aku ke tempat kenderaan yang akan aku naiki untuk pulang kerumah. aku melihat wajahnya, seperti ada sesuatu yang aku rasakan. terdetik di hati ini mengtakan ini yang terakhir kulihat wajahmu kekasih. kubiarkan sangkaan itu berlalu.
Percintaan kami memasuki bulan ke tiga. dia mula membina rasa kurang senang dalam diriku. mula perkenalan, dia ajar aku berpegangan tangan. kini dia bermain dengan kata-kata yang tidak menyenangkan aku. dia buat aku seperti tiada perasaan malu. kubiarkan dia terus rancak bermain dengan racaknya kata-kata yang menjijikkan.
aku hanya melihat permainannya.seandainya aku lemah, aku akan terjerumus ke lembah kemaksiatan. dia telah membuatkan kepercayaan aku kepada dirinya runtuh tampa belas kasihan. banyak perkara yang membuatkan aku tidak lagi percaya pada dirinya.
Kesedihan melanda diriku,"kenapa kau berubah begitu pantas sekali. seperti baru semalam kau hiburkan hati ini dengan tingkahmu yang menyenagnkan diri ini. sehingga aku terima cinta darimu. hari ini kau membuat aku menitis air mata dengan lagakmu yang tidak dapt aku terima"wahai kekasih yang dulu aku kenali di sebuah destinasi, pulanglah kepadaku seperti pertama kali aku mengenali dirimu.
Kuharapkan cinta pertama menjadi cinta yang terakhir. namun aku gagal menjadikan itu yang terakhir. aku membuat satu keputusan yang sangat berat aku rasakan. meminta untuk tidak mencintai dan dicintai lagi. kau tidak mudah melepaskan aku, aku juga begitu. tetapi kau membuatkan aku untuk melakukan semua ini. aku tidak lagi boleh terus menyulam cinta yang sebenarnya bukan cinta yang aku harapkan.kini baru ku sedar, kau dan aku sungguh berbeza. perkenalan kita selama lima bulan memberi banyak pengalaman kehidupan. walaupun hanya sesingkat itu, namun aku merasai bukan mudah untuk aku hidup bersama seorang leliki seperti enkau. dan akhirnya ini yang perlu aku katakan, selamat tinggal cinta antara aku dan kau.
Bukan mudah untuk aku lupakan kenangan bersama dirimu. aku menangis kerana cinta yang aku berikan bukan untuk insan yang sebenarnya layak menerima cintaku. aku ingin terus bersamamu, tetapi kau berubah terlalu jauh sehingga aku takut untuk terus bersamamu lagi. pulanglah kejalan yang sebenarnya. seandainya kau adalah insan yang aku kenali dulu,mungkin kini kita masih bersama. sungguhpun kita telah berpisah,ingin aku katakan aku hargai cinta yang telah enkau berikan satu ketika dahulu. kau bukan hanya memberi cinta, tetapi pengajaran kepada aku apa itu erti cinta dua insan yang berbeza. terima kasih segalanya. kau akan kuingat sehingga nyawa dikandung badan walau hati ini hiba saat kenangan kita muncul dalam ingatan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...