Friday 29 March 2013

selamat penganti baru PN SITI NUR NABIHA BINTI ISMAIL

PUAN SITI NUR NABIHA BINTI ISMAIL
 
 

ALHAMDULILLAH dgn sekali lafaz biha selamat menjadi isteri kepada en mohd nazrie.
24/3/2013 MASJID KAMPUNG TENGAH KLUANG.

tahniah sahabat tiada kata lain yg tergambar saat melihat wajamu tatkala usai diijabkabulkan.
seperti baru semalam kita berlari2 bermain cop tiang disekolah. menitis air mata ku saat kau selamat bergelar isteri.

"bie serius masa tengok kau keluar kereta dan berjalan menuju ke dalam masjid,aku plk yg berdebar,cantik bie kau malam tu :)"
"bie dulu masjid ni tempat kita solat asar waktu sekolah agama kn..tak sangka malam tu masjid ni tempat kau diijabkabul kan,ustaz kita pon ada bie..ustaz selamat"
"bie dulu kita selalu balik sekolah sama2 kalo abah aku lambat amek,kita jalan perlahan2 sampai abah aku sampai.abah aku pon pelawa anta ko balik masa tu,,huhu kita pacak 3 atas moto..bie rindu masa tu"
"bie walaupon kita dpt bersama masa sklh rendah je,tp kita pernah jd kwn baik.bnyk kenangan kita ada masa meniti usia kanak2 kn"
"bie sedih bie..sedih sebab gembira utk kau :)"
"kau tau masa kau duduk tersimpuh dlm masjid,aku kat belakang kau dgn kwn2 yg lain berdebar2..haha exited lbh dari kau, masa tu fikiran ni flash back balik masa kita lari2 main kejar2 cop tiang,,kelakarlah kn..skunk semua dh besar,,cun cun gitu"
"bie masa suami kau lafaz akad...jantung ni mcm nk terkeluar,tengok muka kau hihi berdebar jgk kn..confirm lh kn..akhirnya sekali lafaz je ALhamdulillah aku tengok muka kau penuh kesyukuran..time tu baru perasan inai kat jari kau bie merah cantik bie :)"
"sampailah since kita bersalaman..huhu aku tahan air mata tau x..sebak bie..peluk cium kau happy bie sambil2 AMBIK BERKAT PENGANTIN..HIHI"
"balik rumah kau bergambar sakan,rasa macam main kawen2 je kn..haha tp hakikatnya betol2 "

sekitar majlis akad nikah sory gambar ade yg x clear camera kita murah hihi


bie ni kita org yg over nurvous :)
 
after akad..
\
 
bie cantik
 
puan bieha dan cik ikah :)
 
bergambar sakan kiter :)
 
turn kita bila plk kwn2
 
 
nice pelamin
 
sakan bergambar action sendiri ok :)
 
bie pinjam buat amek berkat,,hihi *_*
 
selamat pengantin baru :)

doa dari kita bie :
YA RAB BERKATILAH PERKAHWINAN MEREKA INI YG DIIKAT MELALUI LAFAZ AKAD ITU.BERSULAM CINTA KASIH DAN SAYANG.KURNIAKAN MEREKA KESABARAN DAN KEMUDAHAN DALAM MENEMPUH ALAM PERKAHWINAN INI. SEMOGA YANG BAIK SAHAJA KAU BERIKAN PADA MEREKA. KURNIAKAN MEREKA ANAK2 YG SOLEH DAN SOLEHA.CURAHKAN REZEKI YANG HALAL BUAT MEREKA.JAUHKAN MEREKA DARI ANASER2 JAHAT,YA RAB BAHAGIAKAN MEREKA AMIN AMIN AMIN.
 
 


 
 
 
 
 
 
 

 

 
 









 


Saturday 9 February 2013

berbahagia lah

kenangan itu diukir satu masa lalu
mengikat janji dari sebentuk rasa cinta
tidak mengenal paras rupa
kau yang pertama kucurah kata sayang malah tiada benci
terima kasih ajari aku apa itu ceritera cinta
di destinasi itu kita bersatu tertaut hati
segalanya berjalan dengan jalan yang indah
terpisah rindu berjauhan sayu
ada kenangan pasti kini aku masih tidak lenyapkannya dri ingatan
kerana yg pertama pasti sukar
maaf mungkin aku punya angkara
aku yang berubah hati berubah rasa
bukan mencurangimu
malah sehingga kini tiada pengganti
tp masa keadaan dan perjalanan kita buat hati ini berubah
maaf andai ketika itu aku yg menyakiti..
dan perjalanan mu kini semakin berbahagia tanpa ada aku
kerana kau telah punya pegganti
yang diikat erat dengan lafaz indah itu
bila mana kau melafazkan aku terima nikahnya..
tahniah aku doakan kau bahagia sampai syurga..amin
selamat pengantin baru 
mr.a

Friday 4 January 2013

tersimpul mati buat MU

uniknya,uniknya perasaan yang aku rasakan ini buat kamu.kamu,yang jauh disana namun setia aku menunggu.kau yang sederhana begitu juga aku. tiada sesuatu yang mengukuhkan bahawa suatu hari nanti aku akan memilikimu. namun aku sendiri tidak tahu mengapa susah hati ini melepaskan dirimu pergi. bukan tidak pernah,malah berkali-kali aku cuba menyatakan pada hati dengan berbicara sendiri cukuplah ternyata kau bukan untuk aku. namun kata-kata itu bertahan hanya sehari dua. dan aku kembali memikirkanmu. parah bukan? ia aku keliru kau begitu kuat menarik hati aku.
pernah seketika cuma,kita bagai ada sesutu perasaan yang terpendam, aku dapat rasakan ketika itu. namun aku tidak meluahkan kerana aku malu. kau waktu itu memberi harapan dan memperlihatkan kepada aku seperti kau mahu memiliki hatiku. sama ada sedar atau tidak kau tentang perasaanku ketika itu. aku menjalani hari-hari itu dengan senyuman bahagia terukir dibibir. di hati apatah lagi bahagia nan terasa. istiewanya engkau. kau pasti ada kurangya dimata mereka yang lain, kerana manusia tidak ada yang sempurna. tapi kuat aku mengatakan kekurangan kau sebagai pelengkap kekurangan ku juga. parahnya bila hatiku mula terikat namamu. dan lebih parah ia terikat mati.
istimewanya engkau. aku tidak tahu dari mana bermulanya semua ini. sehingga satu masa kau menimbulkan satu perasaan aneh dalam hidupku. aku tidak lagi mengnganggap perkara ini seperti pepatah melayu "cinta monyet" malah aku menjadikan perkara ini rutin harianku didalam sujud terakhirku untuk tidak lekang menyebut namamu.aku percaya andai ada jodoh pasti bertemu juga 2 hati kita ini.
kebahagian yang belom pasti waktu itu ditarik dengan rentapan yang sangat kuat. ternyata setelah kupupuk perasaan ku dengan sabar menunggu kata luahan darimu, ada yang hadir dengan sekelip mata mengisi kekosongan hatimu. aku bagai terjatuh,terduduk dan tidak mampu bangkit. pasti kau memilih dia kerana kau menantinya sudah cukup lama. aku pula lama bertemankan air mata. aku kalah,aku tewas. dan benarlah sakit dan parah kehilangan insan istimewa itu. ia walaupun kita belom sempat mengikat perasaan itu namun aku sudah mula mengharap.  air mata tidak akan pernah kering, jika kebahagian kau dan dia terlihat dek penglihatan ini hampir setiap hari. bahagia wajah kau terpancar sekali. sehingga sesuatu yang sangat berharga itu kau berikan pada dia. aku melihat kau memilih dan pilihan itu terletak cantik di anggotanya. dan semuanya berlaku di hadapan mataku. sehari demi sehari aku ajar untuk ikhlas. bukan mudah. dan aku mula menukar doaku jika kau ternyata untuk dia maka bahagiakanlah. tapi jika ini hanya ujian buatku, maka mudahkan segala urusan aku kau dan dia.
lama, dan terus menyepi. aku gagahkan untuk tidak berhubung lagi. kerana aku cuba belajar menerima hakikat itu. dan sepi itu bukan tidak mendatang kan rindu. dan kukirimkan rindu itu dengan melihat indahnya cahaya bulan kerana disitu ada kenagannya. memang sudah tertulis pada tarikh itu kau kembali lagi membawa khabar padaku. tersenyum aku tanda terubat rindu. malah kau hadir membawa sesuatu berita. aku tidak tahu perasaan ku gembira atau turut merasakan kesedihan buat kamu. kau dan dia. dan aku cuba memberi apa yang termampu. menasihati tentang apa yang berlaku antara kau dan dia. jujur aku tiada niat atau alasan lain. aku cuba membantu mengatakan jika kau menyeyanginya buanglah segala masalah kau dan dia terimalah segalanya mungkin semuanya masih baru. aku cuba meyakinkan kau. lukaku pasti makin parah. membantu kau untuk terus bertahan dengan dia. sedangkan kau yang aku harapkan membawa bahagia. tapi aku pegang pada "percaya pada jodoh". dan apapun yang kita inginkan jika bukan milik kita tetap tidak akan menjadi milik kita. dan jika sesuatu itu akan jadi milik kita cepat atau lambat ia kan tetap menjadi milik kita suatu hari nanti. dan aku biarka hati terus terluka.




to be continue
 

Sunday 28 October 2012

resah gelisah..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

tat kala aku merasakan ujian kan datang bersama hikmahnya,aku mula tenang. tapi tatkala aku melihat ujian itu didepan mata,aku mula sengsara.adakah aku ikhlas Ya Allah.Allahuakbar ujianmu kuminta agar tabah untuk aku hadapi.Allah kau menguji seluruh anggota badan ku.uji pandanganku,uji perasaanku,uji hatiku,jiwa ragaku.Allahuakbar.aku lihat tenang di wajah,aku tipu.aku lihat manis pada senyuman,aku tipu.aku lontarkan ketawa riang,aku tipu.aku lemah rapuhnya kesabaranku.aku ucap sabar sabar dan sabar.aku khianati diriku,ternyata aku lemah.Allahuakbar.Dan tangan ini sering menadah kepadaMu agar kuatkan aku.tidak aku jatuh dan terus begini selamanya.

aku menyedari yang aku bukan lagi seperti dahulu.Allahuakbar,aku minta kembalikan atau Kau gantikan keceriaan itu Ya RAB.manusia tidak pernah bersyukur.aku antaranya.Allahuakbar.andai ujian ini buat penghapus dosa ku aku minta Kau tabahkan aku.sentiasa mengingatkan aku Kau hanya beri ujian pada yang mampu.dan aku berharap aku mampu.bukan niatku mempersoalkan kenapa aku yang Kau pilih.tapi mohon aku untuk Kau jadikan aku bersyukur kerana aku yang dipilih mengharungi ujian ini.Aku semakin matang bila Kau datangkan ujian ini.namun aku takut untuk berhadapan denganya.maka aku mohon Kau lindungi aku.

seringkali manusia mengimpikan hanya kegembiraan.Allahuakbar,aku antaranya.dan bila ujian itu datang seperti tidak mampu untuk hadapinya.Kau beri amaran bahawa Kau yang berkuasa kerana Tiada Tuhan selain Engkau Ya RAB..Allah yang mencipta sekalian alam.tiada siapa yang mahu coretan hidup di calitkan dengan setitis air mata.pasti.tetapi hanya Kau yang berhak menentukan segalanya.Allahuakbar,maafkan Aku Ya Rab.

aku masih didampingi keluarga yang tercinta,syukur Ya Allah.Kau rahmatilah keluarga ku.kerana tak ternilai untuk digantikan dengan yang lain.Allah Allah Allahuakbar.sesungguhnya aku yang punya banyak dosa.cara apapun ku mohon ampuni dosaku.amin.



doaku
Ya Allah jadikan aku ikhlas dan
 kuat hadapi dugganMu,amin amin amin
 

Tuesday 23 October 2012

si pengadu hati

Bismillahirahmanirahim....

Ya Rab Ya Rab Ya Rab..
lemahnya aku ini dalam menjalani ujianmu..
aku sangkakan aku kuat,
namun air mata ini buat aku menyedari soal ini aku ternyata lemah,
berombak perasaanku Ya Rab, berkata-kata soal sabar
hakikatnya aku menahan kesakitan itu..
sakit Ya Rab...

Disetiap penghujung sujudku,
tidak pernah jemu ku menyebutnya,
aku mohon aku minta aku hajati perkara itu terjadi,
namun kekuasaanMu sungguh besar Ya Rab,
jika tidak Kau Izinkan
maka tidaklah akan terjadi sesuatu itu.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu,Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"(al-Baqarah: 216)


Aku belajar redha Ya Rab..ikhlas..
walau air mata ternyata tetap mengalir
maka Kau tempatku mengadu dipersetiga malam sunyi itu
dihadapanMu tidak malu aku teriak mengadu kesakitan
aku ajar untuk mendoakan kebahagian buatnya..ikhlas

Seksanya menipu rasa..tetap tersenyum..
kau lemparkan bahagia diwajah
aku lihat sungguh kau bahagia..
Ya Allah kekalkan kebahagian buat mereka..
tidak aku memusuhi sidia yang kini disisimu,dihatimu,menjadi impianmu mungkin untuk dinikahi bila tiba waktunya nanti..
malah aku mengaguminya kerana mampu menambat hatimu sehingga kau sungguh menyimpan hajat untuk terus mahu menjadikannya yang halal buatmu..amin aku juga mendoakan jika itu yang kau impikan..
perjalanan mereka meniti bahagia berlegar dimata ku setiap masa di depan mata..
realiti ini bukan bayangan,bukan juga hayalan ku..
maka aku tetap tersenyum mengajarku ikhlas dan redha..
"Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah ceria"

Sejauh mana redha dan ikhlasku..
jika setiap malam aku membasahkan pipiku dengan jernihan itu,
mengingat dan masih mengharap,
kuatnya engkau sehingga sukar ku melupakan..
disujud terakhirku tetap sama dialognya aku dan Dia
"Ya Allah seandainya Engkau mengetahui bahawa itu adalah baik bagiku,pada agamaku,kehidupanku dan kesudahan urusanku,sama ada cepat atau lambat takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatilah bagiku padanya.Dan seandainya Engkau mengetahui bahawa ia mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku,kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untuku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudia redailah aku denganya..amin amin amin"

Jangan Ya Rab Kau terus biarkan aku begini,
seperti hilang arah,
namun aku semakin dekat denganMu,
hikmah itu aku percaya pasti ada,
namun ku mengharap Kau terus tetap bimbing hati juga imanku,
agar mencariMu tika susah mahupun senang,
berlindung aku dibawah kekuasaanMu,
"sesiapa yang bertakwa kepada Allah,nescaya Allah mengadakan baginya jalan keluar,serta memberikanya rezeki dari jalan yang tidak di sangka-sangka.sesiapa yang bertawakal kepada Allah,nescaya Allah akan mencukupkan.sesungguhnya Allah melaksanaka urusan-Nya.Allah telahpun menetapkan ketentuan setiap sesuatu"

Wahai hati...nasihatku
jika dia bukan untukmu,Allah kan gantikan yang terbaik buatmu..
redha lah,ikhlaskanlah,
walau air mata itu menjadi teman,
bahagianya jaganlah jadikan sebagai deritamu..doakanlah dan doakanlah yang baik buatnya yang buruk jauhkan darinya..maka kau akan tahu erti melepaskan..
Apabila Kita REDHA Pada Sesuatu Yang Mengecewakan HATI Kita, Maka Percayalah ALLAH Akan Menggantikan Kekecewaan Itu Dengan Sesuatu Yang Tidak Di Sangka..InsyaAllah...


 


 

Friday 21 September 2012

sunguh-sunguh ni wei!!!!

srot sret srot sret....keadaan hidung semasa menulis entry ini...x bape sehat hokeyy...

apa yang sungguh-sunguh ni..ha sejak sejak ni aku dihantui dengan perkataan GEMUK!!!
haha benci sama itu perkataan...bermulalah dari sebulan yang lepas aku memulakan hasrat untuk BERDAIET,,ha ini serius...aku nak kurus nak sihat nak anggun nak berseri-seri...ha amek kau..tak mau makan nasi!!!!!!

boleh kurus ke????now pengambilan nasi yang aku amek tersangat lah siket..sampai mak aku pon marah "ko nak makan ke buat main2 nasi tu,penat aku masak,kang pensan kat tempat kerja kang susah"... begitulah panjangnya bebelan mak aku ok bila tengok anak dia bawak nasi ciputtt jerk...mak anak mak ni nak kurus suporttt pleasssss!!!

kenapa tetibe je cik ikah oi...21thn ko kumpul lemak2 ko tu tetiba nak dinyah hapuskan...eh beginilah aku dah terpikir2 termenung2 kan nasib sampai bila nak terus mengembangkan badan ni,nak jugak ayu2 pakai2 bju2 yg terlihat dek mata ni cantik je tapi apakan daya fizikel ku tidak berjaya untuk memuatkan aku pd pakaian itu..ha,,pastu masa muda ni aku dh terpikirkan soal kesihatan..hey ko klo aku g sepital ni cek kadar gula,lemak,darah dan sebagainya..tak tau lah keadaannya macam mana kan.hope sihat2 saja...dan tetiba termenung sorang2 depan cermin,hei ko tak mau loving2 ke..hahah motif???ialah selalu org ala2 bdn mcm aku ni susah sikit nak dpt loving2 ni...hey sape kate???haha cinta tak mengenal paras rupa..hokey i trust n semua tu aturan Allah..tapi sekurang-kurangnya aku perbaiki apa yg kurang dari segi rohanai akhlak tingkah laku dan juga fizikal..klo aku nak yg sedap mata memandang mesti MY FUTURE HUSBAND pon nak yg sedap mata memandang tak gitu..hamboi future eh...

tolonglah suport aku..tak pe guna perkataan sindir2 pon tak pe..hebat tak,,aku nak jd kan perkataan korg tu sebagai semangat aku nak kurus kan badan ni..BETOL WEI!!tolonglah...lagi mengerunkan aku kan, bila kawan aku yg baru je mendirikkan rumah tangga beberapa minggu yg lepas telah pon menceritakan betapa susahnya dia nak cari BAJU PENGANTIN..hahaha takot aku dengar wei,,,em bdn dia kecik sikitlah dri aku...tu pon dia kte SUSAH..dh klo aku ni...ha teramat susahlah kan..dia kate bju yg org tak pakai yang tersorok2 dlm almari mak andam tulah yg muat..ha takot wei..klo aku ni tang sorok mane nak cari baju yg muat kan..hoi bertambah kerisauan aku...

amek ubat kurus???ui tak delah sampai nak amek ubat kurus..tapi kan klo lah gaji ku cukup untuk menampung kos untuk beli produk HERBALIFE,,hu memang aku nak beli,,masalahnya gaji ku banyak lg urusan untuk dibuat,,ha so x delah kearah itu...HERBALIFE tu memang aku percaya lah sebab dh berapa org yg aku kenal berjaya menurunkan berat badanya dgn produk itu + dgn usaha yg bersungguh2,,jgn ko dh amek produk tu sental je ko mkn 2 3 pinggan..ha memang tak r kan nak turun berat tu...so klo ada rezeki lebih sikit blh lh kot...

senam lah kalo nak kurus tak gitu??ini masalah sikit kalo dah kejer 12 jam...so bila nak senam..haha alasan jekan..adoi ada sape2 nak bg tips tak senam kat umah je pon blh...bantu bantu..kalo ada kwn sedap jugak dok joging pas subuh..ha berani sikit..peh kene usaha ni untuk yg senaman ni...

klo diizinkan olehNya aku merasai tubuh badan yg kurus sikit dan sihat maka bersyukur sangat wei..betul2 bersyukur..sekarang pon bersyukur jugak,sihat walafiat..tapi tak salahkan beusaha tuk jadi lebih baik tuk diri sendiri...so korg doa2kan lah ye nafsu makan sy ni dpt dikawal...INSYAALLAH
 
ha cukuplah eh tuk luahan hati
dan perasaan aku ni yer
so korang tolonglah doakan aku berjaya yer
 
amin amin amin :)

sape yg selebet je ni..haha ini lah aku 2009 masa kat plkn..
kurus tak...nak mcm ni!!!!

ni plk aku sekrang 2012...amek tengok pergelangan
lengan aku bezanya cam ne..oh tidak!!


Wednesday 12 September 2012

STORY MORY SIKIT+ DOA

Assalammualaikum,termenung sebentar depan skrin lappy sebelum nak tulis entry tuk hari ini. ada masa pulak cik ikah hari ini...ofcoss lah cuti hokeyy..
pejam celik,dah hampir 5 bulan dah habis stdy..ada masa rindu jugak dengan suasana pergi kuliah,kawan-kawan,kehidupan kat sana...ha hamek kau dulu nak cepat-cepat habis kan,skunk merintih kerinduan..cehhh,,
ape pon kehidupan harus diteruskan kehadapan..yeah!!
aku kerja pon dah masuk 3 bulan..macam-macam dah aku lalui..macam-macam aku pelajari..
ofcoss seronok ada sedih ada kecewa ada,,macam-macamlah..but itu semua coraklahkan,,klo same je situasi tak bestlahkan..
hey walaupon cik ikah bekerja hanya di sebuah kedai roti yg diberi nama PAPPA ROTI itu tetap pekerjaan yg halal k..penting HALAL!!so cik ikah sangat bersyukur.ALHAMDULILLAH...eh emosi plk.. :)
anyway aku terapkan jugak pelajaran yang diperolehi sewaktu menuntu dahulu..hey paling besar benda yang aku ikut ialah menahan rasa KESABARAN dalam melayani sikap customer ok...u all lah customer..hokeyy macam-macam ragam..but sy selalu ingat x tau lah sapa yg cipta ayat ni "customer always right" so apa pon yg dorang bising2 buat sakit telinga saya tetap sabar..selagi boleh tahan senyum jelah n gunakan nada suara yg paling merdu....n always said sory walaupon bukan slh kiterrrr,,,
kerja kat mana-mana pon ada masalah kan..jumpa dengan orang yang kadang-kadang menyakitkan,merisaukan,mengerunkan,menyukakan,,haitt menyukakan macm mana tu,,hihi mengarut je,,
hey bukan senang cari rezeki nikan..betol saya dah rasa ok..balik kerja kene hujan,demam2 kene kerja..sungguh terasa skunk betapa besarnya pengorbanan org tua kita dalam mencari rezeki..tersedar dh skunk..wah dewasa dah aku...
betollah nak kata penat kerja kat sini tak delah penat tp kdg2 penatlah,,hayoo pening..
sampai bila nak keje situ??hey cari lah jugak kerja lain kan,,belom ada rezeki..kepada awak-awak semua doakan lah ada lg rezeki saya lepas ni..amin...
 
kuruskan badan...ait ape plk ni...ha puasa tentu2 lah dah habiskan...sebab raya pon dah nak habis...
ape kene mengena dengan kuruskan badan..ha ni cek nak habak sikit, cek sedang berusaha nak menguruskan badan ni tau tak..hey jgnlah gelak.ini fakta bukan auta hokeyy...
makan nasi sikit jer...betullah sedang berusaha ni start dari puasa hari tu cek mkn nasi beberapa suap je..hey nikmat makan tu dah kurang sikit lerr..so still sampai sekarang cek teruskan usaha itu..lama-lama mau x makan nasi terus...turun hokey..walaupon sikit,,Alhamdulillah...nak sihat punya pasal..kne diet cik ikah!!ada jgk terselit kerisauan takut wei kalo tak laku t,,hihi so doakan lah cik ikah ni berjaya yer tuk mengurangkan berat badan yg lama dah mengumpul sampai terlebih ni..amin
 
jodoh dah sampai ke belom yek??ha ni lah benda paling takot nak story..alamak ai x tau lah dah sampai lom..belom ada hint lah..so sabar menunggu dengan usaha berdoa padaNya,,hey tak teringin ape,,mestilah teringin ada org syg,,tp lg best klo yg sayang tu terus syg sampai akhir usiakan..so cari yg serius tuk jdkan sy ni sebagai calon isteri,..tak gitu,,hihi doa doa doa,,itu lah rutin hariannyerrr...
 
apapon segala apa yang telah ditentukan di muka bumi ini jalanilah dengan penuh kesabaran,jgn gelojoh ok...Allah aturkan dengan penuh tertib.maka bersabarlah dalam segala urusan,sentiasalah dekatkan diri ini kepadaNya.kalau dulu solat lima waktu tak cukup,belajarlah untuk mencukupkannya,kalau dulu selalu marah-marah dan berdendam,belaarlah bersabar dan menjadi orang yg pemaaf,kalau dulu nafsu dunia terlebih sangat,belajarlah menahan nafsu itu..doa saya setiap hari>>>YA ALAH JADIKAN AKU ANAK YANG SOLEHA,KAWAN YANG SEJATI,JIRAN YANG PERIHATIN,SAUDARA YANG PENYAYANG,HAMBAMU YANG SENTIASA MELAKUKAN SURUHANMU DAN MENINGGALKAN LARANGANMU,JADIKAN KELUARGAKU INI KELUARGA BAHAGIA,MURAHKAN REZEKI KAMI DUNIA AKHIRAT,MUDAHKAN SEGALA URUSAN KAMI,TEMUKAN AKU DENGAN JODOH YANG BERIMAN.AMIN AMIN AMIN<<<

UNTUK HARI INI

 
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...