Monday 7 June 2010

khas untuk mu....

AKU BENAR-BENAR INGINKAN MU...

detik semakin hampir memisahkan kita,
semakin hari aku semakin gelisah,
melihat waktu yang berlalu,
hanya aku yang rasa gelisahnya hati ini,
kerana hanya aku yang menyimpan rasa,
mampu membisu tanpa kau tahu aku,
mencintaimu,
maafkan aku kerana namamu ku kunci erat dalam hati ku,
maafkan aku kerana aku menyimpan rasa cinta terhadap dirimu,
maafkan aku kerana sentiasa menyimpan wajahmu didalam pandangan ku,
aku terlalu mengharap, mengharap, dan mengharap,
walau pun aku tahu hatimu milik insan lain,
namun aku tidak pernah mengalah,
sentiasa berdoa padanya,
agar aku memiliki,
hatimu,cintamu,jua kasihmu,
walau seribu tahun aku perlu menunggu,
aku akan menunggu,
kerana kau insan yang aku cintai..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...