Tuesday, 24 January 2012

untuk kamu jodohku

Assalammuaalaikum..

jodohku apakah kau berada dalam keadaan sejahtera ketika ini?
aku sentiasa mendoakan kesejahteraanmu..
aku amat merinduimu...
dimana dan bila waktunya kita akan berjumpa?
 jauh lagikah perjalanan untuk kita dapat bertemu..

tahukah wahai jodohku,
hati aku meronta-ronta untuk segera bertemu dengan mu
lalu ku pujuk hati ini untuk bersabar,
aku tahu jodohku
kau sedang mempersiapkan dirimu untuk berhadapan dengan ku,
kerana aku perlukan kekuatan fizikal ilmu serta kesabaranmu untuk mendidikku,
aku insan lemah yang perlukan kekuatanmu,
aku insan jahil yang perlu didikanmu,
aku insan yang sering alpa yang perlu kau sentiasa memperinagatkanku,

jodohku persiapkanlah ilmu bukan hanya ilmu dunia malah ilmu akhiratmu,
besar keinginan aku untuk kau bimbing aku bila tika kita bertemu nanti,
aku mahu kau jadi pelindungku juga pelindung buat zuriatku,
jadilah imam pada solatku,
jadilah guru pada bacaan ngajiku,
jadilah pelindunku saat aku dalam ketakutan,

insyaallah akn aku persiapkn jua diriku menjadi yg tebaik buatmu,

jodohku aku berdoa agar kita sempat untuk dipertemukn suatu hari nanti,
dan x leka untuk aku sentiasa mendoakan mu sejahtera dan sentiasas dlm keadaan selamat dunia akhirat...


Friday, 20 January 2012

tamat sudah zaman bujang


SELAMAT PENGANTIN BARU>>>>>>

akhirnya ALLY ISKANDAR disamping isteri tercinta FARAH LEE..thaniah
k sibuk2 jugak nak wat enrty pasal mereka sebabnya dua2 sy minat n mengikuiti perkembangan mereka..
k frust lh jugak kn tngok pic ni (haha pe kes nk frust plk)
sebabnya minat sangat kat abg ALLY NI..
ha masa sekolah dulu pagi2 mase tunggu abah nak anta g sekolah WAJIB bukak MHI dulu semata2 nak tngok ABG ALLY bersiaran..
ha ABG ALLY ni sempoi je n suka senyum  tdia selalu ckp bila nak habis siaran "SENYUM SELALU"
haha kak Farah sory ye jgn risau dia tetap milik u...

kak FARAH LEE pulak mula folow fb dia mase dpt tau gossip ally nagn dia..
ha kate peminat no 1 kn so nk jgk knal ngn org yg digosipkan ngn ABG ALLY ni..(hahaha sibuk je)
so tau jugak yg KAK FARAH LEE ni ada blogg
n dri situ tau life n kisah hidup dia..
she is very good person, beutiful women..manis je tngok muka dia..dan pandai orangnya.
kak ikhlas ni :)
dn dia ni blh dijadikan MENTOR untuk wanita n remaja
akak ALLAH JANJIKAN WANITA BAIK UNTUK LELAKI YANG BAIK..tahniah ye..

perjalanan perkenalan mereka sngat memarik
berkenalan tidak lama
masing2 mempunyai niat untuk mendirikan masjid
dan dikenalkan oleh keluarga 
dan akhirnya 20/01/2012 menjadi saksi mereka diijab kabulkan..
sekali lagi SELAMAT PENGANTIN BARU SEMOGA BAHAGIA KEKAL SELAMANYA HINGGA HUJUNG NYAWA...AMIN

bestnye nk bercinta lepas kahwin lh mcm mereka *_*

Thursday, 12 January 2012

DAISY

assalammualaikum...
jo senyum sebab senyum 2 1 sedekah...x kaya dengan duit x pe tp manis bila kaya dengan senyuman..
so jom kita senyum chessss>>>

semalam lecturer sy ckp org JOHOR muka ala2 china..haha ye ke????

bunga daisy memberi maksud kesetiaan dan kejujuran

tetiba jekan...sebab saya dh jatuh cinta sama ini bunga!!!!!

bungga daisy ada warna orenge lg lh sy suka!!!!!


Tuesday, 3 January 2012

maaf kan aku

mengenalimu lebih dekat aku semakin selesa
tapi engkau aku tidak tahu
tiada apa yg aku persembahkan untuk kau mengagumiku
aku gembira jika kau memberi khabar berita tentang dirimu
tapi aku tidak tahu selesa kah engkau dengan kehdiranku 
aku tida seperti mereka yg boleh kau kagumkan
kerana itu aku hanya bersuara tanpa menunjukkan rupa
bukan aku tidak mahu
jujur kalau kau mampu mendengar detak hatiku berkata meronta untuk aku persembahkan siapa aku 
tapi ternyata kekuatan itu punah saat aku membayangkan apakah kau mampu mendongakkan wajahmu,membuka hatimu, menghulurkan tanganmu untuk aku yang tiada punya apa ini..
lantas aku pendam rasa itu
cukuplah sekadar kau mahu berteman denganku hanya dalam bayang-bayang ku

Tuesday, 20 December 2011

aKu jUjUr DiSiNi

bismillah...
luahan hati
aku hanya mampu luahkan disini
bersama teman baikku ini
kisah segalanya perihal aku mahupun dia
semua disini
terleka aku kadang jejari menari laju di keybord
meledakkan segala lava kesedihan mahupun yg gembira
dilanda tsunami atau didatangi pelangi
semuanya disini
kerana aku percayakan mu teman baikku
aku tahu ianya tak membantu untuk buat dia tahu hati ini
tapi biarlah aku pujuk hati ini untuk
sabar...
datangnya suatu hari nanti teman baikku
agar dia juga menjadikan kau sebagai teman baiknya juga
memilih engkau untuk tahu isi hatiku

Sunday, 18 December 2011

DoA kAmI

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang...

Tuhanku kau memberi apa adanya nikmat padaku
Kau mebantu setiap sejenak kesengketaanku
Kau tidak jemu memberi setiap doa hambamu
walaupon hambaMu lalai,
walaupun hambaMu ingkar suruhanMu,
Tuhan hambaMu malu
sampai bila hati hambaMu itu terus digelapi
sehingga terputus nyawa kah...MasyaALLAH
sehingga yang Kau janjikan neraka laknattullah itu kediamannya kelak
di akhirat sana kah...Subahannallah
hambaMu bersyukur Kau masih memberinya nikmat kehidupan
cuma satu Kau kembalikan cahaya itu
agar sebelum nafas berhenti,nyawa ditarik,jasad tanpa roh lagi
HambaMU itu sempat mengucup tikar sejadah itu
dan melafazkan kalimah suci Mu itu
Amin Ya Rab...


SeLaNgKAh iTu...

selangkah aku mengenalinya bukan bermakna hati ku blh brlapang dada, aku masih mahu ucapkan ini "Ya Allah jika kau benarkan aku mengenalinya selangkah tapak,aku mohon agar selangkah lg tapak ku mampu berganjak,bukan pergi tp mendekati...amin"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...