Tuesday 24 January 2012

untuk kamu jodohku

Assalammuaalaikum..

jodohku apakah kau berada dalam keadaan sejahtera ketika ini?
aku sentiasa mendoakan kesejahteraanmu..
aku amat merinduimu...
dimana dan bila waktunya kita akan berjumpa?
 jauh lagikah perjalanan untuk kita dapat bertemu..

tahukah wahai jodohku,
hati aku meronta-ronta untuk segera bertemu dengan mu
lalu ku pujuk hati ini untuk bersabar,
aku tahu jodohku
kau sedang mempersiapkan dirimu untuk berhadapan dengan ku,
kerana aku perlukan kekuatan fizikal ilmu serta kesabaranmu untuk mendidikku,
aku insan lemah yang perlukan kekuatanmu,
aku insan jahil yang perlu didikanmu,
aku insan yang sering alpa yang perlu kau sentiasa memperinagatkanku,

jodohku persiapkanlah ilmu bukan hanya ilmu dunia malah ilmu akhiratmu,
besar keinginan aku untuk kau bimbing aku bila tika kita bertemu nanti,
aku mahu kau jadi pelindungku juga pelindung buat zuriatku,
jadilah imam pada solatku,
jadilah guru pada bacaan ngajiku,
jadilah pelindunku saat aku dalam ketakutan,

insyaallah akn aku persiapkn jua diriku menjadi yg tebaik buatmu,

jodohku aku berdoa agar kita sempat untuk dipertemukn suatu hari nanti,
dan x leka untuk aku sentiasa mendoakan mu sejahtera dan sentiasas dlm keadaan selamat dunia akhirat...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...