Monday, 6 September 2010

6september...

assalammualaikum..slm ramadhan,alhamdulillah hnya beberapa hari lg kta akn menyambut aidilfitri...selamat hari raya...aq nk ucpkn terima kasih kpd semua yg mendoakn kesejahteraan tuk aq pda hari ini sempena hari kelahiranku ini..bersyukur aq telah memasuki usia 19thn..tersangt aq gembra krn thn ini aq menyambut bln kelahirnku d bln yg mulia ini..semoge mendpt keberkatan amin...kpd my fmly tq kerna menyediakn segalnya utkku..tq kpd my friends aq syg korg..syg sngt..dri sahabt sek mngh shbt plkn shbt d poli..tq so much..also to my ckgu2 dri ckgu sekolh dn ckgu2 plkn..tq sentiasa mendoakn ank didikmu ini..kpd lecturer tq juge coz wish bzday sy....korg tetap the best dlm hidup aq...muah muah muah..

Sunday, 5 September 2010

semua untuk DIA.....

kau pergi meninggalkan kesan luka di dadaku,
kau pergi bukan atas kerelaanku,
kau pergi tanpa ku tahu apa khilafku,
kau pergi dan kini tidak kau pulang lagi ke dalam hidupku,
sampai bila kau perlu diam dan terus tinggalkan aku,
berikanku setitik khabar dirimu agar aku mampu mengubat rindu atas kepergianmu...

****************

tiada kata yang dapat ku ungkap,
kau mungkin hadir untukku hanya sementara,
singkatnya perkenalan kita,
kulalui hidup ini dengan tingginya kekecewaanku,
ku sedar kau hadir hanya sekadar mimpi di dalam tidurku.......

***************

salahkahku memendam rindu,
menyimpan rasa,
mengharap cinta ikhlas darimu,
ku tahu tubuh ini bukan yang engkau idamkan,
wajah ini tidak yang kau bayangkan,
nama ini tidak yang kau impikan,
cinta kasih rindu dan sayang jauh sekali kau mengharapkan datangnya dari insan seperti aku,
salah aku kerana aku yang mengharapkan semua itu darimu,
aku tidak mampu menghalang ini terjadi,
ku harus merelakan kau pergi kerana kau bukan milikku.

*************

jika kini kau telah mengetahui kisah segalanya sehingga kau menjauhkan dirimu dariku,
maafkanku,
salahku ini membuatkan kau tidak lagi seperti dulu,
ku cuba merelakan kau pergi,
usah kau bimbang aku tidak akan memaksa dan meminta belas kasihmu kerana bukan itu yang ingin aku miliki,
dan aku sedar kau hanya satu angan-angan yg tidak mampu aku capai.

************

kalau kau baca:ia aku pernah sukakan kau mengharapkan kau,tapi aku kini belajar untuk melupakan kau walaupun setiap kali aku melihat wajahmu aku seperti tidak mampu hapuskan kenangan aku dan kau. maaf sekali lg.

Wednesday, 4 August 2010

tanggungjawapku telah terlaksna...

asssalammualaikum...bersua kembali di laman blog ini..baru berkesempatan untuk mengunjungi laman ini..setelah segala tanggungjawap dpt dilaksanakan dengan jayanya..Alhamdulillah..terima kasih kepada semua yg membantu aq dalam mengalas tanggungjawap sebagai seorg COD.kepada kawan2 terima kasih kerana dapat bekerja dengn baik dan mengikut segala arahan yg diberikan.kepada yg membantu dari mencari menu,membuat produk,menjual,mengemas dan sebagainya, terima kasih tdk terhingga,kepada encik sahir my lecturer tq so much kerana banyk membantu..kejayaan pd 3.8 tdk akn aq lupakan. pengalaman menjadi ketua dlm satu bidang perniagaan adalah pengalaman baru bg ku.ia membantu aq mendapatkan semangat dalam diri aq ini.dan aq lebih berkeyakinan dan menyedari bahawa aq kini mampu untuk membuat keputusan sendiri.kpd mak dan abah terima kasih kerana mendoakan anakmu ini. kepada semua terima kasih tdk terhingga.

Saturday, 24 July 2010

COD? BOLEH KE AKU?

assalammualaikum..lama tidak mencurah kn sebarang coretan disini..teramat sibuk semester ini.. pening memikirkn tugasan dan tanggungjawab yg dberikn..aku diberikan tugas menjadi COD utk kelas OR..sngt berat tnggungjawp yg ku pikul..tugasan yg perlu ku laku kn adalh mencari menu dan resepi..terfikir utk membuat menu ala SUBWAY..mknan utama ialh roti..menjadi msaalh adelh utk mencari 5 jenis resepi roti yg brbeza..tertekan ape bila resepi yg dberikn drejek..hanya 2 yg dterima..hari semakin suntuk..mampukh aku melakukn yg trbaik ats tugasan ku ini...tolong itu yg mampu aku katakn..tp aku ingat kata emak ku..'mesti boleh punye' Inryaallah berkat kta2 emak ku itu aku mampu utk menggalas tanggungjawap ini.. YA ALLAH bntulh aku...

Monday, 7 June 2010

khas untuk mu....

AKU BENAR-BENAR INGINKAN MU...

detik semakin hampir memisahkan kita,
semakin hari aku semakin gelisah,
melihat waktu yang berlalu,
hanya aku yang rasa gelisahnya hati ini,
kerana hanya aku yang menyimpan rasa,
mampu membisu tanpa kau tahu aku,
mencintaimu,
maafkan aku kerana namamu ku kunci erat dalam hati ku,
maafkan aku kerana aku menyimpan rasa cinta terhadap dirimu,
maafkan aku kerana sentiasa menyimpan wajahmu didalam pandangan ku,
aku terlalu mengharap, mengharap, dan mengharap,
walau pun aku tahu hatimu milik insan lain,
namun aku tidak pernah mengalah,
sentiasa berdoa padanya,
agar aku memiliki,
hatimu,cintamu,jua kasihmu,
walau seribu tahun aku perlu menunggu,
aku akan menunggu,
kerana kau insan yang aku cintai..

Saturday, 5 June 2010

cerita dulu...

Terima kasih ku ucapkan kepada yang pernah memberi aku kenikmatan bercinta. harapan selama ini telah menhadi kenyataan. ku lihat kau benar-benar meyakinkan aku dengan caramu untuk memiliki diri ini. kau beri bayangan padaku tentang perasaa kau kepada diri ku. lama kau berteka teki dengan ku, bermain tarik tali kemudian kau sentiasa membuat aku tertanya-tanya dengan tingkahmu terhadapku. hari demi hari kau memberi aku seribu satu kekeliruan. hati ku berkata sendiri, "benarkah dalam hatimu tertulis namaku untuk kau cintai. dan benarkah apa yang aku rasa ini adalah cinta yang datang dari hatimu yang aku sendiri rasa sangsi. kerana sehingga kini, masih tidak kau ungkap dengan kata-kata". pertemuan ini bermula di satu destinasi yang dahulunya tidak pernah aku harapkan. tapi ternyata destinasi ini menemukan antara cinta kita berdua.
Perkenalan kita bermula hari demi hari. kau mula membawa aku tenggelam ke dalam lautan yang penuh kerinduan dan kasih sayang. kau membawa aku masuk kedalam sekelompok kecil keluargamu. disambut dengan seribu kemanisan yang sangat bermakna dalam hidupku. aku rasa sangat dihargai saat itu. aku sekali lagi bermonolog sendirian atas kesangsian ini "untuk apa semua ini? kau bawa aku berjumpa ayah,ibu serta keluargamu. tapi kau masih diam dan membisu. kenapa kau diam tampa memberi secebis kata buatku. argh aku semakin buntu. hati berdebar saat pertama kali kau membawa aku bertemu keluargamu. ini kehidupan baru yang aku lalui."
Hampir setiap malam aku fikirkan apa yang akan berlaku selepas ini. dalam asyik meniti kekeliruan yang kau berikan, aku terima satu panggilan,dari siapa? datangnya dari kamu. malam itu indah diterangi bulan. aku terpaku tidak terkata saat kau berbisik "kau cintakan aku".. sperti aku ingin menangis, bukan kesedihan tapi kegembiraan yang hadir saat itu. bermula malam itu, aku dimiliki oleh insan yang bernama KEKASIH. ku lalui hidup yang baru. memang indah dilamun cinta,sehingga semuanya lupa. dia sering mengungkap kata cinta kasih, dan sayang. menabur janji penuh kesungguha. aku bagai dilayan seperti puteri. namun sesekali aku seperti tidak yakin dengan semua ini, kerana aku hanya wanita biasa. kecantikkan jauh sekali aku miliki. ku aju kesangsian itu kepadanya. lalu yang kumiliki kata-kata mani "cinta bukan dari paras rupa,tapi hati yang benar berkata-kata diri telah jatuh cinta".
Sebulan berlalu dengan hangatnya rasa bercinta. segala yang aku lalui seperti mana yang pernah aku lihat pasangan lain yang asyik dilamun cinta. benar cinta itu mampu mengubah segalanya. aku yang tenggelam dengan derasnya rasa cinta namun lupa bahawa aku kini dibelenggu dengan dosa yang datangnya dari cinta yang dibina. aku belajar tentang benda baru, sehingga aku lupa itu membawa aku kepada dosa. berpegangan tangan, itu pekara biasa.kata mereka.aku? kelainan dapat ku rasakan,selama ini, tidak pernah ku menyentuh tubuh seorng lelaki yang bukan muhrim. kerana atas dasar cinta, kau lelaki pertama memegang erat jari jemari ku, kau lelaki pertama ku kucup tanganmu. kerana cinta ku ditutup rasa berdosa.
Telah ditakdirkan aku dan kau terpaksa mengharungi cinta yang dikatakan cinta jarak jauh. sebelum terpisah jauh, terdetik hati hiba, mungkin kesedihan berpisah denganmu tidak dapat kuharungi. namun ini yang perlu ku tempuhi. aku dikucup erat ibumu. diri seperti sangat disayangi."terima kasih ibu kerana pernah menyayangi diri ini seperti anakmu." aku dan dia kini berpisah jauh beribu batu.
Pertemuan antara aq dan dia dirancang waktu itu. setelah sekian lama berinteraksi dengan jarak jauh. aku lihat dia seperti bukan dia. perubahan banyak yang berlaku pada dirinya. aku takut, kanapa dia jadi begitu. kuhabiskan masa seharian bersamanya. sehingga tiba waktu untuk pulang, dia menemani aku ke tempat kenderaan yang akan aku naiki untuk pulang kerumah. aku melihat wajahnya, seperti ada sesuatu yang aku rasakan. terdetik di hati ini mengtakan ini yang terakhir kulihat wajahmu kekasih. kubiarkan sangkaan itu berlalu.
Percintaan kami memasuki bulan ke tiga. dia mula membina rasa kurang senang dalam diriku. mula perkenalan, dia ajar aku berpegangan tangan. kini dia bermain dengan kata-kata yang tidak menyenangkan aku. dia buat aku seperti tiada perasaan malu. kubiarkan dia terus rancak bermain dengan racaknya kata-kata yang menjijikkan.
aku hanya melihat permainannya.seandainya aku lemah, aku akan terjerumus ke lembah kemaksiatan. dia telah membuatkan kepercayaan aku kepada dirinya runtuh tampa belas kasihan. banyak perkara yang membuatkan aku tidak lagi percaya pada dirinya.
Kesedihan melanda diriku,"kenapa kau berubah begitu pantas sekali. seperti baru semalam kau hiburkan hati ini dengan tingkahmu yang menyenagnkan diri ini. sehingga aku terima cinta darimu. hari ini kau membuat aku menitis air mata dengan lagakmu yang tidak dapt aku terima"wahai kekasih yang dulu aku kenali di sebuah destinasi, pulanglah kepadaku seperti pertama kali aku mengenali dirimu.
Kuharapkan cinta pertama menjadi cinta yang terakhir. namun aku gagal menjadikan itu yang terakhir. aku membuat satu keputusan yang sangat berat aku rasakan. meminta untuk tidak mencintai dan dicintai lagi. kau tidak mudah melepaskan aku, aku juga begitu. tetapi kau membuatkan aku untuk melakukan semua ini. aku tidak lagi boleh terus menyulam cinta yang sebenarnya bukan cinta yang aku harapkan.kini baru ku sedar, kau dan aku sungguh berbeza. perkenalan kita selama lima bulan memberi banyak pengalaman kehidupan. walaupun hanya sesingkat itu, namun aku merasai bukan mudah untuk aku hidup bersama seorang leliki seperti enkau. dan akhirnya ini yang perlu aku katakan, selamat tinggal cinta antara aku dan kau.
Bukan mudah untuk aku lupakan kenangan bersama dirimu. aku menangis kerana cinta yang aku berikan bukan untuk insan yang sebenarnya layak menerima cintaku. aku ingin terus bersamamu, tetapi kau berubah terlalu jauh sehingga aku takut untuk terus bersamamu lagi. pulanglah kejalan yang sebenarnya. seandainya kau adalah insan yang aku kenali dulu,mungkin kini kita masih bersama. sungguhpun kita telah berpisah,ingin aku katakan aku hargai cinta yang telah enkau berikan satu ketika dahulu. kau bukan hanya memberi cinta, tetapi pengajaran kepada aku apa itu erti cinta dua insan yang berbeza. terima kasih segalanya. kau akan kuingat sehingga nyawa dikandung badan walau hati ini hiba saat kenangan kita muncul dalam ingatan.

suara hati manusia(2)

Terima kasih Tuhan,
Kau maha pengasih lagi maha penyayang,
Kau yang berkuasa atas segalanya,
baik dan buruk telah Engkau tentukan,
tiada lain selain daripada Engkau yang berkuasa,
menentukan segalanya buat hambaMu,
yang baik kau berikan buat menguji nikmat kesyukuran,
yang buruk kau titipkan, menguji kesabaran dan keimanan,
segalanya hanya satu tujuan,
mendekatkan diri hambaMu kepadaMu Tuhan,
akan aku jadikan segala yang berlaku sebagai pengajaran yang telah Enkau tentukan,
terima kasih Tuhan,
hamba yang menyesal mohon perlindungan, keimanan, ketakwaan, kesabaran, kehidupan,
dunia akhirat dariMu Tuhan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...