Sunday 11 December 2011

nota CINTA buat suamiku...

assalammualaikum..
sayu juga tersentuh membaca seindah baris ayat-ayat ini...
kredit to "Tentang Cinta"

"buat saudaraku yang baru ku kenali
sesungguhnya pertemuan dan perpisahan adalah milik Allah
Dialah yang berhak mengatur segalanya
sudi-sudikanlah membaca nota yang ku tulis buat mu

wahai saudara ku..
cinta pertama mengukir peristiwa menggugat pelbagai perkara
ketahuilah saudara, jangan mempercayai pada pandangan mata
ia hanya pandangan syaitan durjana
usah memujiku lebih darinya
kiranya diri ini masih kurang segalnaya
idea hanyalah pandangan manusia, belum tentu betul pada pandangan yang Esa
sempurnaku tak sempurna Nabiku
kerana aku hanya manusia biasa
dan ketahuilah sahabat
manusia tika akan pernah sempurna

wahai saudara ku,
janganlah kau membanding-bandingkan diriku dengan insan lain
sesungguhnya Allah tidak menyukai hambaNya mempersoal mengenai keburukkan mereka
kiranya engkau membenci kemaksiatan,
tugasmu adalah membawa mereka berhijrah
dan tidak sesekali berhujah untuk menyemarakkan lagi hati mereka
kiranya aku jatuh cinta padamu
itu kerana aku jatuh cinta pada kesederhanaanmu
kiranya aku membenci dirimu
tidak bermakna aku membenci dirimu
tetapi aku membenci egomu

ingatlah wahai Adam
manusia adalah sama
hiris tangan pastinya darah yang mengalir adalah merah
hanya Allah yang dapat membezakan hambaNya
dan kita sebagai hamba tidak layak untuk membuat pilihan

andainya kamu mencintaiku kerana Allah yang maha pencipta
sesungguhnya aku belum berpunya
diriku hanya untuk Dia
aku menerima lamaranmu dengan hati yang terbuka
kiranya ini menambahkan ketaqwaanku padaNya
inilah nota-nota cintaku buatmu lelaki yang akan bergelar suami"


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...