Saturday 17 December 2011

cerita di jeti itu

di jeti itu aku melihat kelibatmu
di dalam gelapnya subuh nan indah
diterangi cahaya dari sebatang lampu
kau melangkah berselempangkan kain pelekat di bahu
baru usai mungkin berjemaah subuh di rumah Allah
sejuk mata memandang
tenang hati membayagnkan engkau yang aku cari
aku di kelibat itu setia memerhati
tapi kau tidak menyedari kehadiran hati ini
sungguh aku mahu hati kita tertaut rasa itu
maafkan diri ini kerana kelu,malu
cuma berdaya memerhati lagakmu dari celah celahan tersembunyi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...