Monday 16 May 2011

ANGIN, SAMPAIKAN SALAM SAYANGKU PADANYA...

malam ini aku memikirkanmu lagi,
nafasku menjadi sesak,
jantungku berdegup kencang,
jiwaku kosong,
mataku kabur kerana air mata yang mengalir sayu,
ingin sekali rasanya aku menjerit di puncak gunung,
melaungkan betapa dalamnya rinduku padamu,
melaungkan betapa gilanya cintaku padamu,
agar kamu tahu bagaimana tersiksanya,
 memendamkan perasaan bertahun lamanya,
wahai angin bantulah aku,
sampaikan salam rinduku padanya,
yang tidak pernah terucapkan,
agar dia tahu aku merinduinya disini,
wahai sang burung tolonglah aku,
berkicaulah dengan merdu,
supaya dia mengerti bait-bait cinta,
yang sudah tersusun indah untuknya,
wahai hujan aku berharap,
turunlah dengan gerimis,
agar dia tahu betapa sunyinya aku disini tanpanya,
wahai pelangi pintaku,
bersinarlah setelah hujan lebat berlalu,
supaya dia tahu sesungguhnya aku disini,
masih berharap dihatinya,
YaAllah, aku mohon,aku merayu,aku bersujud padaMu,
jatuhkanlah hatinya padaku,
agar aku menjadi sesuatu yang halal baginya,
agar aku bisa melewati waktu-waktu tang tersisa kini denganya,
Ya Allah sekiranya dia bukan tercipta untukku,
jauhkanlah aku denganya,
agar aku tidak terus membuang waktu yang amat suntuk ini,
untuk terus berharap.
Ya Allah,sekiranya waktu telah habis,
aku mohon padamu,
tolonglah simpan rahsia ini sebaik-baiknya,
kerana hanya Engkau sahaja yang tahu,
rahsia yang paling indah seumur hidupku,
dunia pujaan hatiku sayang,
mungkin kamu tidak pernah akan tahu sajak ini dicoretkan khas buatmu,
cuma satu yang aku mahu kau mengerti,
kamu terlalu sempurna untuk aku dekati,
maafkan andai aku tidak sempurna,
tetapi mengertilah kamu wahai lelaki kesayanganku,
sesungguhnya rasa cinta ini aku sendiri tidak mubgkin mencegahnya...



credit pd yg mencoret puisi ini....
khas untuk dia.....

4 comments:

  1. wow best nye :)
    ak pon nak cam ni gak weyh .. carikn untk ak ..

    ReplyDelete
  2. eleh !!!!!!!!!!
    gelabah tol la ..
    da ade kate xde ..
    cri kn taw :)

    ReplyDelete
  3. miera ko pon ade la...heheh...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...