Wednesday 18 May 2011

JANGAN ADA BENCI.....

seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. satu acara yang luar biasa dan mengesankan. mempelai wanita sungguh cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelakinya dengan tuxedo hitam yang gagah. setiap mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling mencintai dan sepadan.

beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya:

"abang saya baru membaca satu artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan majalah tersebut.

"masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. kemudian kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia..."

suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatatkan hal-hal yang kurang baik kerana ini adalah untuk kebaikkan mereka bersama.

esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. "sayang akan mulai dulu ya",kata isteri. ia lalu mengeluarkan senarainya. banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat..

ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri suaminya. ia memperhatikan suaminya tertunduk dan sedikit air mata bergenang disisi matanya..mungkin ada sedikit kesedaran pada perwatakkannya sebelum ini tanpa disedari..

"maaf bang, apakah sayang harus berhenti?"tanyanya..
"oh tidak,teruskan.."jawab suaminya.

lalu si isteri melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia, "sekarang giliran abang pula membacakan senarai abang..sayang sedia mendengarnya:.

dengan suara perlahan dan tersekat-sekat suaminya berkata," maafkan abang...abang tidak mencatat sesuatu pun di atas kertas abang. abang berfikir bahawa sayang sudah sempurna di sisi abang, dan abang tidak ingin mengubah akan diri sayang. abang sayang dan cintakan isteri abang yang dulu dan sekarang dan selama-lamanya selagi hayat abang.."

si iateri tersentak dan tersentuh hatinya ole pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya...bahawa suaminya menerima dirinya seadanya,,,dia kemudian tertunduk dan menangis.........

credit pada yg menulis kisah ini...sekadar perkongsia..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...