Tuesday 19 June 2012

2 bulan berlalu

Assalammualaikum..

2 bulan berlalu,bukan lagi bergelar mahasiswa...tidak lagi ke kuliah...tamat sudah perjuangan pertamaku..Alhamdulillah..

2 bulan kini,aku di samping ibu bapa dan keluarga disini tidak lagi meninggalkan bumi kluang tercinta,..adakala merindui juga bumi sabak bernam tempat mengenal hidup berdikari disana,,

"pengalaman menjadi GURUKU dalam kehidupan, kenangan menjadi KERINDUAN seharian bila terkenang,realiti menjadi KEHIDUPAN ku yang perlu direntasinya"

2 bulan ni macam-macam benda aku buat,bercuti dengan keluarga,amik lesen moto,kerja dan dapat moto baru sendiri..wah bersyukur ALHAMDULILLAH rasa rezeki yang Allah beri ni amat-amat besar...moga terpelihara segalanya..

sebut soal kerja..aku dh pun nak masuk 3minggu menjadi seorang pekerja...kerja biasa je yang penting sumber rezeki itu HALAL InsyaAllah..aku bekerja di kedai PAPPA ROTI di ECONSAVE kluang,bekerja dengan roti yer..so bila balik rumah aku bawak balik bau roti cofee,,Alhamdulillah aku seronok kerja di situ,suasana yang tidak mendatangkan tekanan..moga-moga berterusan aku berkerja dalam keadaan ikhlas dan gembira...soal gaji aku x nak berkira sangat InsyaAllah lepas buat bayar moto bagi mak abah simpan sikit-sikit tuk kahwin..eh eh terlepas plak,,hihi x de untuk masa depan jugak...

"Ya Allah aku bersyukur atas rezeki yang Kau berikan,moga segalanya terpelihara,dan membuatkan bibirku mengucap kata Alhamdulillah dengan setiap apa yang Kau berikan,aku mohon agar rezeki ini dibuka seluasnya,amin..dan aku memohon agar Kau permudahkanlah dan berilah jalan yang terbaik buat diriku dalam segala urusan ku didunia dan akhirat sana..amin amin amin..."

"kutakuti andai hari ini DIA beri aku degan mudah segala permintaanku,tetapi sekiranya aku meminta dariNYA dan diberikan pula sedikit kesukaran untuk aku perolehinya,moga waktu itu aku bertahan degan kesabaran dan masih mencariNYA waktu susah mahupun senang...amin amin amin.."


roti roti mempau mempau...hihi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...