Friday 9 December 2011

MeMiLiKi @ MeNiNggAli

Ya Allah sedarkan aku dari lamunan ini
agar aku tidak terus diulit mimpi dalam agan
jika Kau benarkan ia menjadi nyata
aku mohon agar semuanya berada dalam jagaanMu
satukan hati kami berlandaskan syariatMu
satukan kami berpandukan hukumMu
agar bahtera kami itu Kau tiupkan seribu keinsafan
agar kami tidak leka melayarinya dengan rasa sombong dan angkuh

tapi jika kau tidak membenarkan kami untuk bersatu
jauhkan hati ini denganya
bukan aku mahu membeci
bukan aku mahu bergolak derita
cuma mahu Kau sedarkan aku tampa aku mahu mengalir air mata
menahan sakit derita kerana dia bukan milikku yang nyata
ajar hati aku agar berjauhan dengannya
ajar jiwa aku agra tidak lara
ajar hidup aku tanpa dia

memiliki atau meninggali
dia
aku mohon aga Kau berikan yang terbaik
buat
aku dan dia


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...